Bagaimana kami bermula….
Salam kenal kepada pembaca. Saya Surani dan anak saya, Ilman naufal. Kami hanya orang biasa-biasa sahaja. Sejak tahun 2017, kami banyak berkongsi kisah kembara kami di Facebook dengan tagline #tahilalatdikakiku — kisah catatan perjalanan kami yang penuh dengan cerita suka, duka, dan pengalaman kembara kami.
Bukan kisah kembara mewah, hanya kembara secara budget dan ekonomi. Kami mula travel secara DIY kerana kekangan kewangan. Asbab inilah, kami belajar merancang sendiri setiap perjalanan untuk menjimatkan kos — dari mencari tiket murah, memilih penginapan, sehinggalah menyusun itinerari yang sesuai dengan budget kami berdua.
Kini Ilman telah berumur 16 tahun dan kami telah berjaya menjejakkan kaki ke 26 buah negara (setakat tahun 2025). Mungkin ia bukan suatu jangka yang “wow” bagi sesetengah pendapat, tapi ia adalah suatu kisah memori yang bermakna untuk kami berdua bawa sampai ke syurga.
Bagi kami, semua orang berhak untuk melihat dunia luar, tidak kira status pekerjaan atau kedudukan sosial. Saya pesakit slipped disc dan pernah menjalani pembedahan memasukkan implan Di tulang belakang. Kata doktor merawat, implan itu bukan memberi kesembuhan ia cuma memberi tambahan masa untuk saya. Itu membuatkan saya sedar — masa tak menunggu kita. Kalau ada impian, kena mulakan dari sekarang. Jangan bertangguh lagi.
Kini, selepas bersara daripada dunia korporat, saya menumpukan sepenuh masa kepada penulisan dan penjualan eBook DIY Travel untuk membantu lebih ramai orang berani dan yakin merancang perjalanan sendiri. Saya juga kini menguruskan perniagaan eCommerce kecil kami yang menjual produk handmade crochet dan produk affiliate yang terpilih terutama yang berkaitan dengan travel.
Setiap sokongan anda sangat kami hargai. Semoga melalui perkongsian ini, semakin ramai yang berani melangkah keluar dan melihat dunia dari kaca mata anda sendiri — jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengetahuan……

Ebook
Dihasilkan daripada pengalaman kembara kami sendiri
Produk Affiliate
Setiap produk affiliate yang dijual telah digunakan sendiri oleh kami sendiri bagi menjamin kebaikan produk kepada semua
03
Crochet
Beg buatan yang telah dikait dengan teliti dan eksklusif bagi menjamin mutu hasil Seni Kait
Visi kami 🌍 ✈️
Mahu melihat lebih ramai rakan pembaca dari kalangan orang biasa-biasa mengembara ke luar Malaysia dan mencari pengalaman yang luar biasa
Misi kami
Meneruskan penghasilan Ebook DIY Travel dengan harga mampu milik yang mudah difahami supaya menjadi inspirasi kepada orang lain.
